Friday, April 20, 2012

huhhhh!!!



inilah yang sering menghantui saya!!!
risau tak keruan...

               baru nak tulis bab1 dah pening,sebab apa?

-saya perlu banyak membaca?
-buku dalam bahasa inggeris?
-tiada kawan yang sudi bantu?
-menulis dengan mengaitkan teori yang digunakan
-bla bla bla....*&^%$#%^&*()(*&^%%$#$%^&*

saya memilih untuk berhijab




pada mulanya memang saya rasa kekok bila mula mengenakan hijab.rasa malu,rasa tak selesa,tak yakin,rasa tidak setaraf,dan macam-macam lagi,semuanya ada namun saya sudah bertekad untuk meneruskan niat saya.saya telah lama berniat,namun saya terpaksa menangguhkan kerana tidak mahu ianya menjadi separuh jalan.
saya mengenakan hijab ke kursus pra perkahwinan bersama bakal tunang saya.itu adalah kali pertama dan saya mengambil saat itu untuk terus berubah dan tidak mahu menanggalkannya.saya rasa malu kerana selama ini saya tidak sedar bahawa saya adalah orang Islam,dan sudah menjadi kewajiban saya untuk menutup aurat.kenapa selama ini saya tidak pernah sedar tentang perkara ini?saya orang Islam tetapi kenapa saya tidak berbangga untuk dikenali sebagai orang Islam?hinakah memakai hijab?nampak old fashion?
bangun dari tidur,saya mengucapkan syukur kerana dibukakan pintu hati saya yang rapuh ini.saya percaya segala kewajiban dan penetapan yang telah ditetapkan dalam Islam ada hikmahnya.terselamatnya saya bersama teman-teman dalam peristiwa lalu di Dubai,membuatkan saya tekad kembali kepada-Nya.sesungguhnya saya bersyukur kerana Dia memberikan sesuatu yang terbaik kepada saya kini dan selamanya.Dia,Yang Maha Besar,menganugerahkan perasaan cinta yang tidak ternilai.apabila bertemu dengan suami,kebesaran Ilahi terasa besar nikmatnya.saya memang tidak menduga mendapat cinta sejati,namun sering berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang boleh membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah.alhamdulillah,berkat dari-Nya,segala permintaan dimakbulkan.
Dia seakan-akan telah menganugerahkan kehidupan baru kepada saya,dan sangat bersyukur dapat memulakannya sebelum terlambat.biarpun ada berpendapat saya berubah kerana mahu berkahwin atau mungkin kerana atas suruhan bakal tunang dan keluarganya(pada ketika itu,kini suami),itu semua adalah tidak benar.saya berubah kerana saya inginkannya.saya sendiri membuat keputusan ke atas diri saya sendiri,kerana ini merupakan hak saya sebagai seorang wanita muslim.tiada paksaan dari mana-mana pihak yang menyeru supaya saya berubah.segalanya berlaku dengan begitu pantas jika kita ikhlas dan sedar bahawa tuntutan dan hukumnya di sisi Allah.
terima kasih Allah,suami,keluarga,teman-teman kerana anda saya berada disini.semoga doa kalian menjadikan saya mukmin sejati.masih jauh perjalanan saya,mengharungi onak ranjau kehidupan ini.tabahkan hati untuk terus berjuang sebagai isteri,dan insyaallah sebagai seorang ibu.Ya Allah,sesungguhnya aku bersyukur atas segala ketentuan-Mu.semoga kami semua dirahmati selalu,amin....

Sunday, March 11, 2012

tips untuk menjadi raja sehari..

semua orang mengimpikan majlis perkahwinan merupakan satu titik indah,apatah lagi mengharapkan ianya hanya sekali dalam hidup.berbulan-bulan malah ada juga bertahun-tahun mengambil masa untuk merancang agar memastikan majlis bersejarah ini berjalan lancar serta menepati kehendak pengantin.namun,sempurna mana pun majlis,pasti ada kelemahannya.cuma cara mengatasinya dari awal merupakan satu langkah bijak bagi mengelak dari sebarang kekusutan serta kecelaruan yang bakal berlaku.berikut merupakan tips-tips yang boleh anda ambil sebelum anda bergelar raja sehari.

antara tips yang boleh anda ikuti:-

1) ambil kursus kahwin secepat mungkin.
2) mengambil borang kebenaran berkahwin, membuat ujian saringan HIV.kemudian,membawa semua dokumen ke pejabat agama,bagi yang akan bernikah di Johor,temuduga akan dijalankan di pejabat agama tersebut.
3) berjumpa imam dan memberi segala dokumen yang telah disahkan oleh pejabat agama.
4) kad jemputan perkahwinan (membuat survey terlebih dahulu tentang bajet dan jemputan anda.sangat penting,anda harus semak nama,tarikh,tempat,dan rekaan kad tersebut adalah sepertimana yang anda mahukan.jangan ada yang tersilap kerana ianya akan menyusahkan anda dan keluarga anda)
5) menempah dewan (jika ingin majlis diadakan di dewan,termasuk termasuk tempahan kerusi,meja,serta harga membersihkan dewan.tempahan awal sangat penting supaya majlis dapat diadakan tepat pada masa yang diinginkan.jika perlu hendaklah memilih tempat yang berhawa dingin untuk keselesaan semua pihak)
6) makanan/katering (kira bajet jemputan 1 kepala dan pakej makanan yang ditawarkan.pelbagaikan lauk pauk adalah penting supaya banyak pilihan dan kepuasan menikmati makanan kepada jemputan.pastikan mereka mempunyai uniform yang kemas dan cepat dalam menambah lauk dan melayan mesra para jemputan.adalah perlu juga,para jemputan tidak nampak mereka ini yang sedang membuat kerja-kerja seperti mencuci pinggan mangkuk,ianya kelihatan kurang sopan)
7) pelamin (survey konsep yang anda inginkan,kemudian berbincang dengan pereka pelamin serta wedding planner.adalah penting supaya apa yang diimpikan menjadi kenyataan.hendaklah memaksa pereka pelamin untuk menunjukkan hasil rekaan mereka supaya mereka tahu kehendak pelanggan)
8) busana dan tata rias (jika anda ingin menempah atau menyewa,pilihlah konsep yang bertepatan dengan konsep pelamin/majlis anda.warna dan potongan busana pengantin anda hendaklah sesuai dengan warna kulit,dan potongan badan anda dan pasangan anda dan bukanlah semata-mata kerana busana tersebut cantik dan glamour)
9) jurumekap (pilihlah jurumekap berkaliber dan profesional dengan menggunakan barangan mekap berjenama.sila lihat dahulu hasil kerja mereka dan membuat uji dahulu ke atas diri anda.jangan sampai anda pula yang mengajar dia cara untuk menggunakan mekap dan barang mekap anda lebih banyak,lebih berjenama serta bersih berbanding barangan jurumekap tersebut.tetttttt!!!)
10) jurugambar (anda hendaklah membuat keputusan yang bijak dalam memilih jurugambar.survey jurugambar profesional yang anda telah teliti sh0t yang diambilnya,pakej yang ditawarkan serta lihat dahulu hasil cetakan mereka)
11) doorgift (jika hendak melakukannya sendiri hendaklah menyiapkan doorgift tepat pada masanya supaya tidak membebankan anda dan keluarga anda.pilihlah yang praktikal,tidak membazir,dan menjimatkan)
12) hantaran (jika anda ingin membuatnya sendiri hendaklah survey,membaca dan melihat konsep yang anda inginkan.pastikan tiada pihak lain yang masuk campur atas urusan hantaran anda kerana hanya anda mengenali pasangan anda.oleh itu, anda pastinya mahukan yang terbaik untuk si dia bukan? )
13) wedding planner (sangat penting untuk memastikan majlis berjalan lancar.pilihlah yang bijak dan berpengalaman.walkie-talkie seharusnya digunakan bagi melicinkan perjalanan majlis)
14) pengacara majlis (penting jika majlis diadakan dalam keadaan formal.pilih pengacara yang bijak berkomunikasi dan humor agak majlis tidak 'mati')
15) hiburan (majlis boleh diserikan dengan kumpulan tarian,nyanyian,band,karaoke.pastikan mereka tiba awal supaya mereka selesa dan dapat melakukan raptai sebelum majlis bermula.hubungi mereka dari masa ke semasa supaya mereka ingat dan membuat persembahan tanpa memberi alasan bodoh penarikan diri dari membuat persembahan pada saat-saat akhir)
16) kompang (jika anda memilih kumpulan yang bermain kompang secara live,pastikan mereka datang awal tanpa memberi alasan yang tidak masuk akal di saat-saat akhir kerana ini akan membebankan semua pihak serta melambatkan majlis.pastikan mereka berpakaian kemas dan seragam agar majlis tampak teratur.
17) bunga manggar ( pastikan bunga manggar dibawa bersama mengiringi pengantin ketika kompang dipalu)
18) raptai ( apabila majlis di dewan,raptai hendaklah dilakukan supaya perjalanan majlis teratur dan memberi gambaran kepada pengantin, wedding planner, pengacara majlis dan pihak-pihak lain yang terlibat)
19) alatan merenjis (jika termasuk di dalam pakej andaman,adalah penting untuk mengingatkan pihak tersebut.jika tidak,acara merenjis tidak dapat dilakukan.kadang kala butik andaman gagal menyediakannya kerana kurang sikap bertanggungjawab atau bersikap sambil lewa atau boleh juga dieertikan mereka ini kurang cerdik)
20) kek pengantin & makanan meja makan utama (kek pengantin hendaklah ditempah awal mengikut bajet dan rekaan yang anda minati dan pastikan kek tersebut tiba awal supaya majlis berjalan lancar.manakala bagi makanan meja makan utama pula,anda perlulah menempah dan memilih menu yang sesuai dan berbaloi dengan majlis)
21) pelayan (anda perlu memastikan pelayan dan kakitangan yang membantu anda di dalam majlis ini sentiasa memberi layanan yang terbaik kepada para jemputan.senyuman,berpakaian kemas,cekap amat perlu bagi memastikan keselesaan bagi setiap jemputan dan tetamu)
22) dekorasi (dekorasi di meja makan utama,meja kek,meja VIP,meja jemputan hendaklah dideko biarpun ringkas.dekorasi hendaklah bersesuaian dengan tema dan tampak menarik terutamanya di meja makan utama)
23) pengapit (pengapit bertanggungjawab dalam memastikan kedua-dua pasangan pengantin tidak berpeluh.pengapit memainkan peranan yang sangat penting supaya kedua mempelai selesa,tidak rimas yang boleh membawa mereka hilang mood)
24) warna tema majlis (pastikan warna tema anda menarik.amat digalakkan jika kedua-dua belah keluarga tidak memakai warna yang sama dengan pengantin kerana dikhuatiri pasangan pengantin tenggelam.pengapit juga tidak digalakkan memilih warna pakaian yang sama dengan pengantin.ianya nampak remeh,tetapi percayalah ianya akan terbukti di dalam foto)
25) pengantin mesti reti duduk diam (oleh kerana ini adalah majlis raja sehari,seorang pun tidak berhak untuk membebankan pasangan pengantin.perjalanan majlis perlulah diserahkan atau dikelolakan oleh wedding planner.pengantin pula mesti diajar dan diberi arahan sebagai raja sehari.mengawal dan membataskan pergerakan adalah amat penting)

sekian...:)

Saturday, March 3, 2012

30 hari bergelar isteri...:)



alhamdulillah...
hari ini genap 30 hari saya bergelar isteri. memang nikmat apabila sudah berkahwin,terutamanya apabila kita berkahwin dengan seseorang yang matang dan rajin mengemas,hehehhe..paling mengharukan apabila dapat bersolat jemaah bersama suami tersayang...sungguh besar pemberian tuhan...& siapa sangka tinggal dengan keluarga mentua sebenarnya seronok.ianya merupakan bab baru dalam hidup saya...:)

10 perkara dalam 30 hari saya bergelar isteri;
1)saya masih tidak memegang senduk di dapur & masih tidak memasak(saya akan muncul untuk berborak dan potong-potong sayur dan buat apa patut untuk bantu ibu mentua dan bibik,hehehhehe)
2)saya masih bangun lambat(saya selalu marah pada diri sendiri dan selalu berikrar untuk bangun cepat,tapi semua tu dalam mimpi...sabo jek la)
3)saya kene bersiap cepat & membuat keputusan yang cepat untuk memilih pakaian untuk keluar(mak mentua saya akan beri saya masa yang lama sebab tahu saya siap lambat,hahahahha)
4)saya berjaya menjaga helaian tawa saya(dah lama saya tak mengilai kuat-kuat)
5)saya berjaya tidur dengan menanggalkan kanta lekap saya serta make-up saya sebelum tidur(kalau dulu yang penting tidur dulu,hahhahah)
6)saya rasa saya macam mak tiri(akan tegur suami kalau letak barang bersepah atau atas katil...sori ye sayang,kui3)
7)belajar memahami kerja suami saya(suami saya kerja shif,cuti pun tak menentu..uhuk3)
8)selalu keluar bersama mak mentua(pantang kalau mama ajak keluar,mesti saya nak ikut,hehhehe)
9)membahagikan masa untuk belajar(saya kene kerja keras untuk menulis tesis,tak sempat nak honeymoon pun....sedey...)
10)dapat elaun(yabedabedu!!!!)





Friday, December 30, 2011

selamat tinggal 2011,selamat datang 2012


assalamualaikum,

pejam celik,sekejap sahaja berganti hari,bulan,tahun. usia juga semakin meningkat,meninggalkan memori suka duka menyinggah dalam kamus hidup. bermulalah agenda baru dalam kehidupan yang akan datang. ohhhh, tahun baru, mengharap akan mencipta sesuatu yang lebih indah dari sebelumnya, menjadikan kita insan yang lebih baik. jauhi segala kemungkaran, semoga kita menjadi insan yang lebih mengutamakan Dia, memikirkan kehidupan yang lebih abadi di akhirat, bukan duniawi semata-mata.

2011,
pada awal tahun dibebani dengan kes penipuan di Dubai. namun atas kerjasama semua pihak kami berenam terlepas dari tangan sang penipu. kami tidak dapat apa-apa selain daripada selamat pulang ke tanahair dengan izin Yang Maha Kuasa, doa pertolongan keluarga, teman-teman seperti kak yanie,auntie nana dan kedutaan malaysia serta MAS. sesungguhnya memori hitam ini memberi impak yang sangat dalam bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada rakan seperjuangan dan keluarga tersayang. alhamdulillah...

pengajian juga terpaksa ditunda kerana kegagalan mendaftar telah tamat berikutan berada di Dubai. biarpun ianya memang menekan jiwa, saya percaya ada hikmahnya. kehidupan sebagai freelancer tetap diteruskan untuk meneruskan hidup di ibukota. memang sukar kerana tiada pekerjaan tetap, mak,abah,adik & kawan baik yang selalu membantu. sukarnya kehidupan tanpa diploma dengan CGPA yang tinggi, atau segulung ijazah. saya memang sudah berputus asa sampai hilang arah dan tujuan hidup. aku nak jadi apa sebenarnya ni? segalanya bermain di kotak fikiran,uhhhhh...

kisah sedih 2011 bertukar khabar gembira sangat Tuhan menganugerahkan dia. ramadhan 2011 merupakan detik indah, syawal kedua-dua keluarga berjumpa. seminggu selepas hari raya aidil adha kami bertunang dalam masa hampir 2 bulan setengah, dan insyaallah pada 10 februari,(18 rabiul awal) kami akan bernikah.

segala kenangan pahit 2011, saya ucapkan selamat tinggal namun pengajarannya sangat lumayan, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. percayalah,jika kita dekat dengan-Nya, Dia akan sentiasa membantu. hanya Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang. Amin...

Sunday, November 20, 2011

12.11.12-mukasurat baru!!

alhamdulillah,
selesai sudah majlis pertunangan saya. dah seminggu dah. semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya agak kelam kabut bila ada barang hantaran yang datang lewat. maklumlah, sponsor dari busu saya dan kawan saya,ninie & fariz. tetapi saya sangat bersyukur kerana saya dibantu sepenuhnya oleh keluarga saya. abah, mak, adik saya farra. sayang korang semua! kawan baik saya merangkap kawan dari sekolah tadika,sekolah rendah & menengah, sampai la sekarang ni kami sebagai housemate turut membantu saya,noor. begitu juga dengan jiran, kawan sekolah rendah & menengah, sekolah agama, serta kawan se"FTM",fini dan maknya,auntie madiha turut menghulurkan bantuan. tolong touch up majlis apa yang patut.hehhehhehee...

ramai juga yang datang membantu bagi melancarkan majlis. terima kasih kepada mak long kerana sudi sponsor kerepek dan kek. makcik kintan & zarina tolong buatkan bunga rampai serta tolong melancarkan majlis. cik nong & kak elin tolong melancarkan majlis serta cuci pinggan. pakcik adam & kak sally pula sponsor kuih dan kek serta membantu melancarkan majlis. pakcik ripin & kak cik sponsor kuih bakar serta membantu melancarkan majlis begitu juga dengan busu, sponsor jelly dan banyak membantu majlis.

majlis bermula lebih kurang jam 12 tengahari dengan majlis tahlil dimulakan oleh orang-orang tahlil taman, disedekahkan kepada arwah atuk mat, atuk som, nenek, pak long & auntie faridah. selepas zohor, rombongan pun sampai. ketika itu, saya sudah siap dimake-up kan oleh make-up artist yang juga kawan sekolah agama saya, en nazri ali. saya sangat-sangat bersyukur kerana dalam kesibukan aktiviti hariannya, beliau sempat juga membantu saya di dalam majlis yang serba sederhana ini. adik saya, orang yang sangat-sangat sibuk. kalau boleh diberikan crown, saya rasa dia memang layak. hehehheheh.... terima kasih tak terhingga yaaaa..

selepas tamat mereka berbincang & menerima arahan dari mak say, barulah saya turun ke bawah. make-up saya dah naik nipis sebab dah berpeluh. mana tidaknya,saya sempat menyidai baju yang baru dibasuh sebelum turun untuk acara menyarung cincin. ahakssss... dap dap dap, bila duduk di mini pelamin, bakal mama mentua saya menyarungkan cincin tunang & risik. sempat juga mama bisik kepada saya, berdebar ke? menggigil nampak. saya jawablah, takde la,ok je,hehhehe...selepas itu sesi bergambar bersama mama & mak. bermulalah sesi fotografi.

saya kurang selesa duduk di atas kerusi mini pelamin ni, kaki saya tak sampai, hahahhaha. terpaksalah saya menurunkan sedikit kain supaya dapat menutup kaki saya yang kiut ini. dalam gambar semua saya akan crop (jika ternampak kain yg senteng,hehhehhhehe). selesai acara tersebut semua hadirin dijemput menjamu selera. nasiblah, abah ada kawan yang buat katering yang sedap. tidak dilupakan juga kepada rithaudin abdul kadir, kerana banyak membantu, sampai migrain kepala dia. kesian betul.

di sini, saya ingin meminta maaf kepada semua pihak jika terasa hati tidak dijemput. majlis ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja. saya berharap agar anda memahami situasi saya kerana saya harus menghormati permintaan keluarga bagi kedua-dua pihak. doakan hari bahagia kami,amin.... insyaallah, saya & keluarga akan menjemput anda nanti.

wassalam



Saturday, November 19, 2011

saya dan dia








saya sayang awak!!!!